Tadalli

Tadalli™ adalah satu jenama pengeluar produk-produk kesihatan yang terjamin selamat, tiada kesan sampingan dan mendapat pengiktirafan dari GMP (Good Manufacturing Practice’s certified). Malah kesemua produk-produk yang dikeluarkan adalah bersih, suci lagi berkat (Halaalan Thoyyiba) mengikut piawaian IMP (Islamic Manufacturing Practice - Amalan Pengilangan Islam).

Jus Manggis

Jus Manggis Tadalli™ merupakan minuman kesihatan diperbuat dari ekstrak manggis dan diadun dengan ramuan herba terpilih serta di-perkaya dengan air Zam-zam, Jus ini mengandungi perbagai khasiat dan vitamin yang amat diperlukan oleh tubuh. Minuman berkhasiat ini dapat membantu mengekalkan kesihatan luar dan dalam tubuh bila diamalkan secara berterusan.

Testimoni

Testimoni Jus Manggis Tadalli Oleh Pn Jamaliah Dari Kepala Batas, Pulau Pinang.


Lain-Lain Produk

Sabun Emas Tadalli™ (Tadalli™ Gold Soap Bar) merupakan produk kecantikan sulung Tadalli™ yang diperbuat dari Serbuk Emas (Gold Powder). Serbuk Emas bertindak sebagai antipenuaan semasa membersihkan wajah agar berseri dan bersinar. Sabun kecantikan wajah ini membantu mengatasi masalah kedutan serta mengimbangi ton warna kulit agar menjadi lebih anjal, lembut, cerah dan gebu tanpa suntikan !!.

Jus Manggis Sesuai Untuk Jemaah Haji Dan Umrah

Jus Manggis Tadalli™ merupakan minuman kesihatan berkhasiat yang dapat membantu mengekalkan kesihatan luar dan dalam tubuh bila diamalkan secara berterusan.

Lebih lagi pada kepada mereka yang akan ke Tanah Suci utk mengerjakan umrah di bulan Ramadan, lebih2 lagi warga emas, Jus Manggis Tadalli ini amat sesuai diamalkan di Tanah Suci kerana ia dapat membantu meningkatkan tenaga dan menyejukkan badan.

" Dalam cuaca panas, badan menghadapi masalah kekurangan air (Dihydrate), namun begitu dengan mengamalkan Jus Manggis Tadalli ini, ia dapat membantu membersihkan sistem penghadaman makanan didalam usus, ia juga meningkatkan tenaga, menghindari rasa mengantuk dan ia dapat menyejukkan dalaman badan. " - Dr Yasmeen Mohammed, pakar holistik dan pemakanan.

Untuk tempahan, sila hubungi talian : 012-5522567

Atasi Stress Di Tempat Kerja Dgn Jus Manggis Tadalli

Khasiat kulit manggis yang terdapat dalam Jus Manggis Tadalli ini dapat meningkatkan tenaga selular (juga dikenali sebagai ATP), membantu penggunaan oksigen dan menolong pengangkutan nutrisi ke seluruh badan. Ini akan menjadikan kita tidak berasa letih pada siang hari dan mampu tidur dengan nyenyak di malam hari. Kita akan berasa tenang dan selesa tanpa berasa gelisah sepanjang masa dan akhirnya tekanan atau stress tadi dapat di atasi. Jus Manggis Tadalli dapat mengatasi stress pada semua tidak kira umur dan jenis pekerjaan mereka.

Untuk tempahan, sila hubungi talian : 012-5522567

Darah Tinggi Penyebab Sakit Stroke, Jantung Dan Buah Pinggang

(Penerangan terperinci tentang darah tinggi penyebab sakit stroke, jantung, buah pinggang dan dementia oleh Dr Yasmeen Farouk Mohammed, seorang Formulator, Hoslistic Reseacher, Penceramah dan Penulis).

" Saya akan cuba beri penerangan tentang darah tinggi dengan terperinci dan penyebab stroke, penerangan yang mudah difahami. Sebelum jadi penyakit, kita akan dapat keradangan dalam badan, lepas itu baru penyakit akan timbul, dari apa pun jenis penyakit, dimulai dengan keradangan.
Darah tinggi akan ke arah stroke, serangan jantung, buah pinggang dan Dementia. Harus turunkan tekanan dan kurangkan garam. Untuk memastikan seseorang stable kan darah tinggi, memerlukan masa. Kerana hendak menjadi normal, ia akan turun naik bila bila masa, mengikut keadaan sekeliling , stress dan pemakanan. Seperti, minum sedikit coffee atau dalam keadaan traffic jam atau dalam suasana bising, panas atau org ramai. Orang yang mengalami darah tinggi kalau buat exercise, darah tinggi akan lebih naik, jadi sewajarnya, tinggalkan semua kerja dan baringkan diri serta tutup mata. Bercakap pun kalau boleh jangan.
Kalau kita selalu ada serangan jantung atau darah tinggi, harus invest (labur) dengan alat monitor darah tinggi. Kerana sebelum dapat stroke selalunya kita dapat mengesan dari bacaan di monitor. Buat bacaan pagi, tengahari dan malam untuk menghindari serangan tiba tiba.
Ubat darah tinggi memang banyak jenis, misalnya Reserpine, kesan sampingan boleh menyebabkan depression atau kemurungan. Bila dah kemurungan, ada doktor yang beri Lexapro, ini akan menyebabkan letih, pening dan sebagainya. Tiap doktor akan memberi jenis berlainan untuk patient (pesakit) mereka, kalau beri nama pada saya. Insyallah , saya boleh bantu buat analysis jenis ubat ini dan kesan sampingan.
Kalau  darah ttinggi dah tahap chronic (kronik), kena terus makan ubat doktor, jangan tinggal, sampai ketika tekanan darah dah normal, dan kita dah amalkan pemakanan dan lifestyle yang kurang stress, pengambilan drugs (ubat) boleh di kurangkan, maksud saya, selang sehari.
Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, kena pastikan potasssium level mereka tinggi. Kalau terlalu perlahan degupan jantung, akan terjadi cardiac arrest. Makanan seperti pisang, mengandungi banyak potassium dan apple merah.
Minum banyak teh hijau, dan tinggalkan coffee dan soda. Banyak cardiologist (pakar jantung) setuju, cara menurunkan darah tinggi adalah dengan masukkan ACE Inhibitor(Pencegah ACE - Angiotensin Converting Enzyme ). Minum jus manggis, jus delima atau jus anggur. Kerana semua ini adalah ACE Inhibitors. Jika diberi ubat seperti Benazepril, Ernalapril, Lisinopril, Ramipril dan Quinapril, semua ubat jenis ini akan block enzyme bername ACE (Angiotensin Converting Enzyme). Banyak research (penyelidikan) telah dilakukan dan dikenalpasti dapat mengurangkan activity enzyme ACE. Kajian telah buktikan kalau diminum 2 ounce setiap hari jus-jus ini, ia akan dapat menurunkan 36% activity ACE enzyme.
Jus-jus ini juga dapat melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke jantung, di samping itu, ia dapat membantu antiplatelet activity (aktiviti anti-pembekuan), dapat mengurangkan risiko darah clotting.
Jadi hendaklah beritahu doktor kalau ada minum jus-jus ini, kerana kalau ubat yg di precribe juga mencairkan darah, mungkin akan ada masaalah di sini ya.
Calcium, magnesium dan potassium dapat menurunkan darah tinggi. Yang penting magnesium, kerana selalu magnesium kurang dalam makanan, jadi sebaiknya makan dari supplement capsule dari pharmacy. Pada mereka yg makan ubat blood pressure yang mengandungi standard diuretic, kemungkinan besar magnesium dan potassium level akan rendah, kerana banyak pill air seperti diuretic pills akan mengeluarkan potassium dan magnesium dari badan kita. Makan buah pisang dan buah oren ya.
Makanan yg ada magnesium: sayur bayam, kacang almond, gajus, oat, beras perang, kentang bakar, plain yoghurt, buah avocado dan pisang. Banyakkan makan bawang putih dan sayur celery pun baik. Sebaiknya, selain dari minum jus-jus natural ini, juga amalkan supplement CoCQ10. "
- Dr Yasmeen Farouk Mohammed
(Formulator, Hoslistic Reseacher, Penceramah dan Penulis)

Dr Yasmeen Mohammed telah melancar buku pertama hasil tulisan beliau yang terhangat di pasaran sekarang bernama "Toksin Masuk Toksin Keluar" yang menceritakan fakta yang kita semua perlu tahu tentang toksin dalam badan kita. Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku didalam sistem badan yang boleh men-yebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.
Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab. Ia sebenarnya adalah hasil daripada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pilihan pemakanan yang betul di samping mengamalkan peng-ambilan nutrisi suplemen dapat memberi kita harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.
Pernah dijemput ke rancangan Nasi Lemak Kopi O segmen Sinopsis menerangkan tentang buku tulisan beliau.


Untuk tempahan, sila hubungi talian : 012-5522567

Untuk Kebahagian Suami-Isteri

Beberapa pakar penyelidik manggis di Amerika Syarikat menjelaskan bahawa Manggis sangat bermanfaat bagi tubuh manusia. Bahkan Manggis yg kaya dgn vitamin itu, terbukti mempunyai kandungan yang sama seperti viagra (ubat kuat). Disebabkan itu, Manggis di olah untuk dijadikan ubat herba lemah syahwat atau ejakulasi pra-matang. 

Manggis kaya dgn ZAT XANTHONE yg juga di panggil dgn nama Super Antioksidan dapat meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan peredaran darah. Selain itu Manggis juga mengandungi zat antibodi dan zat asli yang dapat menyembuhkan penyakit mati pucuk pada lelaki tanpa kesan sampingan.

Untuk keterangan lanjut sila lawati
Ubat Kuat Manggis

Stress Dan Letih Di Tempat Kerja Hilang Dengan Jus Manggis Tadalli

Setelah minum 2 sudu besar Jus Manggis Tadalli, baru hilang rasa stress dan letih di tempat kerja. Insya Allah



" Saya ingin berkongsi pengalaman mengenai khasiat Jus Manggis Tadalli. Saya sebagai seorang guru yang seharian berdepan dengan pelbagai kerenah pelajar di sekolah, sering merasa badan letih dan fikiran stress setiap hari, apabila pulang dari sekolah. Selalunya saya akan baring sebentar utk menghilangkan keletihan dan stress tadi, walaupun berbuat demikian, saya masih terasa letih dan susah untuk terus bangun seolah-olah tidak cukup rehat. Setelah mengamalkan Jus Manggis Tadalli setiap hari selepas pulang dari mengajar, saya dapat merasai perbezaan yang ketara. Badan saya terasa kembali bertenaga dan fikiran terasa lebih relaks, setelah baring sebentar. "
- Ust Hafiz (Alor Setar, Kedah)

Jus Puasa, Tiada Alasan Lapar

Dengan mengamalkan dua sudu besar jus manggis setiap hari semasa sahur di bulan ramadan, anak-anak akan dapat menahan puasa mereka sehingga waktu berbuka.
Insya Allah



" Di bulan Ramadan tahun 2010, setelah memberi Jus Manggis Tadalli 2 sudu besar setiap pagi pada waktu sahur kepada 2 anak saya yg masih sekolah rendah di tahun 2 dan 4, saya dapati mereka berdua begitu segar sehingga waktu berbuka. Malah selepas bulan puasa, saya sentiasa mengingatkan anak saya di tahun 4 itu (kini tahun 5), supaya makan diwaktu rehat jam 10.00 pagi kerana dia jarang makan waktu itu kerana memberitahu yg dia tidak berasa lapar. "
- Pn Ita, Kedah.

Gold Soap Tadalli memang amat sesuai dgn kulit sensetif

Alhamdulillah...baru mencuba hampir sebulan..dh nampak perubahan pada kulit muka akak.



" Assalamualaikum...Gold Soap Tadalli memang amat sesuai dgn kulit sensetif kak zara..secara jujur kak zara katakan sebelum ni dh byk mencuba pencuci jenama lain tp kak zara kena memakai pula toner dan krim malam....klu tak kulit terus kering dan jerawat makin byk..
Teman baik kak zara memperkenalkan Gold Soap Tadalli pada akak..mulanya agak keberatan juga utk mencuba...Alhamdulillah...baru mencuba hampir sebulan..dh nampak perubahan pada kulit muka akak. terasa tegang dan jerawat2 halus semakin kurang..lagi satu dgn memakai sabun ni kak zara tak perlu lagi memakai toner dan krim mlm...sebab dgn memakai hanya 2 kali sehari pagi dan sebelum tidur kulit akak menjadi lembut dan tidak kering lagi....dan yg bestnya anak2 tegur wajah kak zara nampak lebih muda dari selalu...alhamdulillah.. "
- Kak Zara, Kedah.