Darah Tinggi Penyebab Sakit Stroke, Jantung Dan Buah Pinggang

(Penerangan terperinci tentang darah tinggi penyebab sakit stroke, jantung, buah pinggang dan dementia oleh Dr Yasmeen Farouk Mohammed, seorang Formulator, Hoslistic Reseacher, Penceramah dan Penulis).

" Saya akan cuba beri penerangan tentang darah tinggi dengan terperinci dan penyebab stroke, penerangan yang mudah difahami. Sebelum jadi penyakit, kita akan dapat keradangan dalam badan, lepas itu baru penyakit akan timbul, dari apa pun jenis penyakit, dimulai dengan keradangan.
Darah tinggi akan ke arah stroke, serangan jantung, buah pinggang dan Dementia. Harus turunkan tekanan dan kurangkan garam. Untuk memastikan seseorang stable kan darah tinggi, memerlukan masa. Kerana hendak menjadi normal, ia akan turun naik bila bila masa, mengikut keadaan sekeliling , stress dan pemakanan. Seperti, minum sedikit coffee atau dalam keadaan traffic jam atau dalam suasana bising, panas atau org ramai. Orang yang mengalami darah tinggi kalau buat exercise, darah tinggi akan lebih naik, jadi sewajarnya, tinggalkan semua kerja dan baringkan diri serta tutup mata. Bercakap pun kalau boleh jangan.
Kalau kita selalu ada serangan jantung atau darah tinggi, harus invest (labur) dengan alat monitor darah tinggi. Kerana sebelum dapat stroke selalunya kita dapat mengesan dari bacaan di monitor. Buat bacaan pagi, tengahari dan malam untuk menghindari serangan tiba tiba.
Ubat darah tinggi memang banyak jenis, misalnya Reserpine, kesan sampingan boleh menyebabkan depression atau kemurungan. Bila dah kemurungan, ada doktor yang beri Lexapro, ini akan menyebabkan letih, pening dan sebagainya. Tiap doktor akan memberi jenis berlainan untuk patient (pesakit) mereka, kalau beri nama pada saya. Insyallah , saya boleh bantu buat analysis jenis ubat ini dan kesan sampingan.
Kalau  darah ttinggi dah tahap chronic (kronik), kena terus makan ubat doktor, jangan tinggal, sampai ketika tekanan darah dah normal, dan kita dah amalkan pemakanan dan lifestyle yang kurang stress, pengambilan drugs (ubat) boleh di kurangkan, maksud saya, selang sehari.
Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi, kena pastikan potasssium level mereka tinggi. Kalau terlalu perlahan degupan jantung, akan terjadi cardiac arrest. Makanan seperti pisang, mengandungi banyak potassium dan apple merah.
Minum banyak teh hijau, dan tinggalkan coffee dan soda. Banyak cardiologist (pakar jantung) setuju, cara menurunkan darah tinggi adalah dengan masukkan ACE Inhibitor(Pencegah ACE - Angiotensin Converting Enzyme ). Minum jus manggis, jus delima atau jus anggur. Kerana semua ini adalah ACE Inhibitors. Jika diberi ubat seperti Benazepril, Ernalapril, Lisinopril, Ramipril dan Quinapril, semua ubat jenis ini akan block enzyme bername ACE (Angiotensin Converting Enzyme). Banyak research (penyelidikan) telah dilakukan dan dikenalpasti dapat mengurangkan activity enzyme ACE. Kajian telah buktikan kalau diminum 2 ounce setiap hari jus-jus ini, ia akan dapat menurunkan 36% activity ACE enzyme.
Jus-jus ini juga dapat melancarkan pengaliran darah dan oksigen ke jantung, di samping itu, ia dapat membantu antiplatelet activity (aktiviti anti-pembekuan), dapat mengurangkan risiko darah clotting.
Jadi hendaklah beritahu doktor kalau ada minum jus-jus ini, kerana kalau ubat yg di precribe juga mencairkan darah, mungkin akan ada masaalah di sini ya.
Calcium, magnesium dan potassium dapat menurunkan darah tinggi. Yang penting magnesium, kerana selalu magnesium kurang dalam makanan, jadi sebaiknya makan dari supplement capsule dari pharmacy. Pada mereka yg makan ubat blood pressure yang mengandungi standard diuretic, kemungkinan besar magnesium dan potassium level akan rendah, kerana banyak pill air seperti diuretic pills akan mengeluarkan potassium dan magnesium dari badan kita. Makan buah pisang dan buah oren ya.
Makanan yg ada magnesium: sayur bayam, kacang almond, gajus, oat, beras perang, kentang bakar, plain yoghurt, buah avocado dan pisang. Banyakkan makan bawang putih dan sayur celery pun baik. Sebaiknya, selain dari minum jus-jus natural ini, juga amalkan supplement CoCQ10. "
- Dr Yasmeen Farouk Mohammed
(Formulator, Hoslistic Reseacher, Penceramah dan Penulis)

Dr Yasmeen Mohammed telah melancar buku pertama hasil tulisan beliau yang terhangat di pasaran sekarang bernama "Toksin Masuk Toksin Keluar" yang menceritakan fakta yang kita semua perlu tahu tentang toksin dalam badan kita. Buku ini memberi pengetahuan asas dan maklumat penting mengenai kesihatan tubuh kita. Ia membongkar proses yang berlaku didalam sistem badan yang boleh men-yebabkan alahan, keradangan seterusnya mengakibatkan pelbagai jenis penyakit.
Penyakit tidak akan timbul dengan sendirinya tanpa sebab. Ia sebenarnya adalah hasil daripada gaya dan pola kehidupan seseorang iaitu apa yang kita minum dan makan seharian. Hanya dengan pilihan pemakanan yang betul di samping mengamalkan peng-ambilan nutrisi suplemen dapat memberi kita harapan dan mengubah seseorang agar sentiasa tampil sihat, cergas dan cantik secara semula jadi.
Pernah dijemput ke rancangan Nasi Lemak Kopi O segmen Sinopsis menerangkan tentang buku tulisan beliau.


Untuk tempahan, sila hubungi talian : 012-5522567